9/7/2011
Sambungan dari 'PENGALAMAN YANG MELUCUKAN'..keesokkan harinya,di waktu subuh itu bermulalah 'pertandingan' public-speaking di mana aku adalah orang yang terakhir..fuhh..selamat..Tamatnya sesi tazkirah ni,kami disajikan mee goreng sebagai sarapan.Selepas sarapan kami melakukan aktiviti memanaskan badan bersama dengan seorang coach yang aku tak nak ambik tau namanya.Bukan ape..Muka dier boleh menyebabkan budak melalak sebab takut.Tak delah seram mane tapi..Susah aku nak cakap.Bukan menghina tapi aku ikhlas..Apepon,tamatnye sesi memanaskan badan kami diarahkan ke surau untuk mendengar ceramah yang ke-2 yang tajuknye lebih kepada 'Cara Berkomunikasi Semasa Berdakwah'.Lebih kurang macam tulah..Selesai jer ceramah tibalah saat yang ditunggu aku dan kawan-kawan yang aku tak berapa nak kenal iaitu aktiviti luar.YES!.akhirnyer..Untuk aktiviti luar ni kami akan melakukan kebajikan dan kebajikannyer terbahagi kepada 3 iaitu..
1.Ke hospital;melawat kanak-kanak
2.Ke rumah orang tua;ibu-ibu&bapa-bapa tunggal
3.Ke shopping kompleks;mengedarkan pamplets
Kumpulan aku diberi tugasan yang no 2 iaitu ke rumah orang tua.Semestinye aku rase sangat-sangat teruja.Setibanya kami ke destinasi kami,aku memulakan 'kerja'ku dengan menemu ramah tuan punya rumah yang mana seorang ibu tunggal berumur 39 tahun.Beliau difahamkan mempunyai sepasang anak kembar perempuan yang akan menduduki SPM dan seorang lagi anak juga seorang perempuan yang akan menduduki PMR.Beliau juga disahkan menghidap kanser payudara.Selesai saje sesi 'menyibuk' ni aku memulakan tugas kedua aku dengan mengemas kawasan sekeliling rumah tersebut bersama dengan rakan-rakan.Walaupon penat tapi aku seronok.Kawan-kawan baru aku semuenyer sporting.Nasib baik kalau tak nak melalak aku duduk kat situ..huhuhu..Setelah selesai,kami di hantar pulang ke kem untuk 'mengemaskan' diri kami.Aku berharap yang aku dapat membersihkan diri kerana aku belom 'bersiram' sejak aku sampai tetapi impian aku punah apabila aku yang memegang jawatan sebagai PENGHULUWATI disuruh membersihkan bilik air.Bersama sahabat yang setia sejak dari awal aku ke kem;Syidah..Kami meghabiskan waktu berseronok di bilik air sambil ketawa dan mengilai mengalahkan pontianak.....
No comments:
Post a Comment