Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman yg Melucukan!(part 2)

9/7/2011
Sambungan dari 'PENGALAMAN YANG MELUCUKAN'..keesokkan harinya,di waktu subuh itu bermulalah 'pertandingan' public-speaking di mana aku adalah orang yang terakhir..fuhh..selamat..Tamatnya sesi tazkirah ni,kami disajikan mee goreng sebagai sarapan.Selepas sarapan kami melakukan aktiviti memanaskan badan bersama dengan seorang coach yang aku tak nak ambik tau namanya.Bukan ape..Muka dier boleh menyebabkan budak melalak sebab takut.Tak delah seram mane tapi..Susah aku nak cakap.Bukan menghina tapi aku ikhlas..Apepon,tamatnye sesi memanaskan badan kami diarahkan ke surau untuk mendengar ceramah yang ke-2 yang tajuknye lebih kepada 'Cara Berkomunikasi Semasa Berdakwah'.Lebih kurang macam tulah..Selesai jer ceramah tibalah saat yang ditunggu aku dan kawan-kawan yang aku tak berapa nak kenal iaitu aktiviti luar.YES!.akhirnyer..Untuk aktiviti luar ni kami akan melakukan kebajikan dan kebajikannyer terbahagi kepada 3 iaitu..
1.Ke hospital;melawat kanak-kanak
2.Ke rumah orang tua;ibu-ibu&bapa-bapa tunggal
3.Ke shopping kompleks;mengedarkan pamplets
Kumpulan aku diberi tugasan yang no 2 iaitu ke rumah orang tua.Semestinye aku rase sangat-sangat teruja.Setibanya kami ke destinasi kami,aku memulakan 'kerja'ku dengan menemu ramah tuan punya rumah yang mana seorang ibu tunggal berumur 39 tahun.Beliau difahamkan mempunyai sepasang anak kembar perempuan yang akan menduduki SPM dan seorang lagi anak juga seorang perempuan yang akan menduduki   PMR.Beliau juga disahkan menghidap kanser payudara.Selesai saje sesi 'menyibuk' ni aku memulakan tugas kedua aku dengan mengemas kawasan sekeliling rumah tersebut bersama dengan rakan-rakan.Walaupon penat tapi aku seronok.Kawan-kawan baru aku semuenyer sporting.Nasib baik kalau tak nak melalak aku duduk kat situ..huhuhu..Setelah selesai,kami di hantar pulang ke kem untuk 'mengemaskan' diri kami.Aku berharap yang aku dapat membersihkan diri kerana aku belom 'bersiram' sejak aku sampai tetapi impian aku punah apabila aku yang memegang jawatan sebagai PENGHULUWATI disuruh membersihkan bilik air.Bersama sahabat yang setia sejak dari awal aku ke kem;Syidah..Kami meghabiskan waktu berseronok di bilik air sambil ketawa dan mengilai mengalahkan pontianak.....

Monday, July 11, 2011

Pengalaman yg Melucukan!

8/7/2001
Inilah tarikh dimana aku,Syidah,Zakwan dan Naja di hantar ke Sekolah Menengah Dato Bentara Dalam untuk menyertai 'KEM KEPIMPINAN NADWAH PELAJAR'...Di hari pertama nilah aku tercalon terpilih dan di lantik sebagai PENGHULUWATI.Hari pertama dah main politik.Amacam,caya ark????.Inilah akibatnye bler hyperaktif aku ter'overdose' hari tu.Entah macam ner entah name aku boleh ternaik plak hari tu.Hari yg paling memberatkan padaku tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.Walau seberat mane pon,aku berjaya melaksanakannya dengan hati yang ikhlas.Alhamdulillah...Berbalik pada isu tadi,selepas sesi mendaftar kami telah diberikan kumpulan khemah dimana aku ditempatkan di khemah yg ke-8 per 9(klau tak silap lah) bersama-sama dengan Aimi dan Fifa(sekolah len).Pada sebelah petang nak masuk maghrib,barulah kami bersama-sama mendirikan khemah...Tibanyer nak masuk waktu maghrib,kami bersiap-siap untuk solat berjemaah bersama dan disinilah bermulenye pengalaman yg 'mengkelakarkan' bagiku..Ceriternyer macam nie,waktu tu aku dan Syidah dah ciap-ciap nak ke surau dari bilik air,keadaan pulak baru lepas hujan dan tanah pon basah lah.Ditambahnye lagi dengan lumpur,entah macamner turun jer aku dari tangga dengan lafaz bismillah boleh terjatuh.Waktu tu kaki kanan aku terdorong ke depan akibat licin dan keadaan aku pon tak ubah macam orang nak buat gimnastik.Hei,berat-berat..Nasib baiklah waktu tu gelap kalau tak,tak taulah nak cakap.Yang Syidahnye bleh lagi tanye ''knpe ni Niza?''..Waduh syidah ni nak melawak tak bertempat.Dah tau aku ni dah macam orang kakinyer nak tercabut boleh tanye lagi kenape.Syidah,syidah..Nasib baik dier angkat aku awal kalau tak sampai esok pagilah aku mengeras kat situ dengan kaki dah separuh tenggelam tu..Tapi blom abis lagi.Selesai jer sesi selamat-menyelamatkan ni,aku dengan muka orang menahan sakit dan separuh tebal terus ke khemah untuk salin baju yang boleh dikatekan dah separuh kotor.Selesai jer tukar baju,aku terus ke surau untuk solat maghrib....Selesai jer solat,kami disajikan dengan makan malam dan ceramah.Habis ceramah,kami dibahagikan lagi kepada kumpulan kerja dan diberi tugasan;' Public Speaking'..Setelah selasai,juga mengikut kumpulan yang sama kami diberi satu lagi tugasan iaitu Tadarus Al-Quran dimana kumpulan aku kena berjaga pada jam lebih kurang pukul 2  pagi untuk melaksanakan tugasan yang diberi....

Sunday, July 3, 2011

sweetHANI story...

Hari ni Su tlong aku wt sume bnde.
e-mail,fb,blog pon ad..THANKS SU
!.jasamu amt dhargai...
Lps ni aku bkn lg minah kolot..hahaha...sronoknyerrrr...