Monday, July 11, 2011

Pengalaman yg Melucukan!

8/7/2001
Inilah tarikh dimana aku,Syidah,Zakwan dan Naja di hantar ke Sekolah Menengah Dato Bentara Dalam untuk menyertai 'KEM KEPIMPINAN NADWAH PELAJAR'...Di hari pertama nilah aku tercalon terpilih dan di lantik sebagai PENGHULUWATI.Hari pertama dah main politik.Amacam,caya ark????.Inilah akibatnye bler hyperaktif aku ter'overdose' hari tu.Entah macam ner entah name aku boleh ternaik plak hari tu.Hari yg paling memberatkan padaku tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab.Walau seberat mane pon,aku berjaya melaksanakannya dengan hati yang ikhlas.Alhamdulillah...Berbalik pada isu tadi,selepas sesi mendaftar kami telah diberikan kumpulan khemah dimana aku ditempatkan di khemah yg ke-8 per 9(klau tak silap lah) bersama-sama dengan Aimi dan Fifa(sekolah len).Pada sebelah petang nak masuk maghrib,barulah kami bersama-sama mendirikan khemah...Tibanyer nak masuk waktu maghrib,kami bersiap-siap untuk solat berjemaah bersama dan disinilah bermulenye pengalaman yg 'mengkelakarkan' bagiku..Ceriternyer macam nie,waktu tu aku dan Syidah dah ciap-ciap nak ke surau dari bilik air,keadaan pulak baru lepas hujan dan tanah pon basah lah.Ditambahnye lagi dengan lumpur,entah macamner turun jer aku dari tangga dengan lafaz bismillah boleh terjatuh.Waktu tu kaki kanan aku terdorong ke depan akibat licin dan keadaan aku pon tak ubah macam orang nak buat gimnastik.Hei,berat-berat..Nasib baiklah waktu tu gelap kalau tak,tak taulah nak cakap.Yang Syidahnye bleh lagi tanye ''knpe ni Niza?''..Waduh syidah ni nak melawak tak bertempat.Dah tau aku ni dah macam orang kakinyer nak tercabut boleh tanye lagi kenape.Syidah,syidah..Nasib baik dier angkat aku awal kalau tak sampai esok pagilah aku mengeras kat situ dengan kaki dah separuh tenggelam tu..Tapi blom abis lagi.Selesai jer sesi selamat-menyelamatkan ni,aku dengan muka orang menahan sakit dan separuh tebal terus ke khemah untuk salin baju yang boleh dikatekan dah separuh kotor.Selesai jer tukar baju,aku terus ke surau untuk solat maghrib....Selesai jer solat,kami disajikan dengan makan malam dan ceramah.Habis ceramah,kami dibahagikan lagi kepada kumpulan kerja dan diberi tugasan;' Public Speaking'..Setelah selasai,juga mengikut kumpulan yang sama kami diberi satu lagi tugasan iaitu Tadarus Al-Quran dimana kumpulan aku kena berjaga pada jam lebih kurang pukul 2  pagi untuk melaksanakan tugasan yang diberi....

No comments:

Post a Comment